SABUN
• WHITENING BODY RICE MILK SOAP 100% SPA SOAP
• CINNAMON REPAIR SOAP
• REPAIR MOISTURISING SOAP
WHITENING BODY RICE MILK SOAP 100% SPA SOAP

RM 12.90 : Semenanjung Malaysia
RM 14.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +- 120 gm
Sabun yang diperkaya dengan beras 100%, Susu & Vite. Sabun ini digunakan untuk merawat, mencerah, melembap dan menjadikan kulit lebih halus dan gebu tanpa pengelupasan. Ia juga digunakan untuk menyahkan bau serta menghilangkan parut halus dan kesan luka di badan. Sabun ini juga boleh digunakan untuk mencerahkan kesan lebam di bawah ketiak, siku dan lipatan peha. Sabun ini sesuai digunakan bagi sesiapa yang mengalami masalah kulit. Sabun ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.
*Kesan ini dapat dilihat dalam tempoh 1 hingga 2 minggu.
CINNAMON REPAIR SOAP

RM 10.90 : Semenanjung Malaysia
RM 12.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +- 50gm
Sabun yang terdiri daripada adunan pati kayu manis, ekstrak kunyit, madu dan minyak kelapa dara yang diformulasikan sebagai sabun untuk merawat kulit wajah yang bermasalah, dapat membantu mencerahkan wajah, melembapkan serta menjadikan kulit lebih halus dan gebu tanpa pengelupasan. Sabun ini juga dapat menghilangkan jerawat dan jeragat, mengurangkan lebihan minyak, menghilangkan kegatalan pada wajah akibat resdung, memudarkan parut jerawat atau parut ringan yang mengakibatkan cela pada kulit wajah. Sabun ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.
*Cara pemakaian : 2 kali sehari.
REPAIR MOISTURISING SOAP

RM 19.90 : Semenanjung Malaysia
Berat Bersih : +- 55gm
Sabun ini terdiri daripada susu, delima dan lemon. Ia adalah 100% natural. Sabun ini digunakan untuk merawat, mencerahkan, melembapkan dan menjadikan kulit lebih halus dan gebu tanpa pengelupasan. Sesuai untuk kulit berjeragat, kulit kering dan normal. Sabun ini juga dapat menghilangkan jeragat putih dan hitam di muka. Sabun ini sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan juga wanita.
JAMU
• JAMU D’SYLIM
• JAMU WANE-TA
JAMU D’SYLIM

RM 31.00 : SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 35.00 : SABAH DAN SARAWAK
BILANGAN KAPSUL : 100 BIJI
D’sylim adalah penyelesaian secara sihat dan teratur untuk mengatasi masalah berat badan, perut buncit dan selulit TANPA memberi kesan sampingan kepada pengguna.
D’sylim sesuai untuk lelaki dan wanita kecuali wanita yang mengandung serta kanak-kanak. Ia juga bagus untuk wanita selepas bersalin.
D’sylim telah terbukti berjaya menurunkan berat badan sehingga mampu memberikan kepuasan dan keyakinan.
Keistimewaan D’sylim:
• Membantu menurunkan berat badan
• Mengempiskan perut
• Menyingkirkan lemak dalam badan secara menyeluruh di perut, lengan, punggung dan peha melalui system perpeluhan dan pembuangan air kecil
• Mengawal selera makan
• Merasa kenyang dan membekal tenaga yang berpanjangan
• Membantu mencuci usus besar dan kecil
• Mengawal masalah penghadaman dan pembuangan
• Mengatasi masalah sembelit
Cara makan :
3 hingga 6 kapsul setiap malam sebelum tidur ( sila lebihkan minum air masak iaitu minimum perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari). Selepas 3 bulan, hanya perlu ambil 2 hingga 3 kali seminggu untuk ‘maintanance’.
JAMU WANE-TA

RM 31.00 : SEMENANJUNG MALAYSIA
RM 35.00 : SABAH DAN SARAWAK
BILANGAN KAPSUL SEBOTOL : 60 BIJI
Jamu Wane-ta berasaskan herba yang diformulasikan daripada 8 herba terpilih termasuk ‘Pueraria Mirifica’ untuk kesihatan dan kejelitaan wanita dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Jamu ini khusus dihasilkan untuk golongan wanita yang ingin memulih dan memelihara kesihatan mereka.
Jamu Wane-ta ini diformulasikan untuk:
• Menganjalkan payudara dan punggung
• Mengetatkan dan mengecutkan rahim (bagi wanita yang bersalin dan keguguran)
• Mengetatkan dan menguatkan otot faraj
• Merawat jangkitan kuman dan bakteria di faraj
• Meningkatkan tahap tenaga batin kepada wanita yang berumur
• Melambatkan proses menopause
• Meningkatkan tahap keghairahan seksual
• Mengatasi masalah keputihan dan senggugut
• Menstabilkan hormon
• Membantu mengurangkan mood swing akibat kekurangan hormone estrogen
• Menambahkan kesegaran, tenaga dan meningkatkan kadar libido (ketahanan)
• Anti penuaan
• Mengurangkan kedutan, jerawat dan jeragat serta kulit kusam atau tidak sekata
• Wajah akan menjadi lebih segar dan kemerah-merahan, tegang dan gebu
• Memperbaiki pertumbuhan rambut dan tumit yang merekah
• Membantu menghilangkan bau badan dan vagina
Cara makannya adalah dengan mengambil 2 kapsul pada sebelah pagi dan 2 kapsul pada sebelah malam.
JENIS SET RAWATAN
SET RAWATAN DAN PENCERAHAN WAJAH 4 DALAM 1

RM 69.90 : Semenanjung Malaysia
RM 79.90 : Sabah dan Sarawak
Set rawatan ini sesuai untuk muka berjeragat, kulit kering atau normal.
Set rawatan ini terdiri daripada :-
• Repair Moisturising Soap +-55gm
• Krim Kunyit +-7gm
• Krim Malam +-6gm
• Penyegar +-80ml
SET RAWATAN DAN PENCERAHAN WAJAH 4 DALAM 1

RM 59.90 : Semenanjung Malaysia
RM 69.90 : Sabah dan Sarawak
Set rawatan ini sesuai untuk muka yang berjerawat atau kulit muka sensitif.
Set rawatan ini terdiri daripada :-
• Cinnamon Repair Soap +-50gm
• Krim Kunyit +-7gm
• Krim Malam +-6gm
• Penyegar +-80 ml
JENIS KRIM
• KRIM SIANG
• KRIM MALAM
• KRIM KUNYIT
• KRIM NATURAL
KRIM SIANG

RM 21.90 : Semenanjung Malaysia
RM 24.90 : Sabah dan Sarawak
Berat bersih : +-6gm
Krim siang digunakan sebagai pelindung sinaran UV. Ia juga boleh digunakan sebagai alas bedak muka.
Cara penggunaannya ialah sapukan pada muka 5 hingga 10 minit selepas menggunakan penyegar dan pelembap.
KRIM MALAM

RM 21.90 : Semenanjung Malaysia
RM 24.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +-6gm
Krim malam digunakan untuk mencerahkan wajah. Ia juga boleh menghilangkan jeragat dan jerawat. Semasa pemakaian krim malam ini, akan berlaku pengelupasan halus bergantung kepada kesesuaian kulit.
*Untuk wajah berjerawat, sapukan krim malam di tempat yang berjerawat sahaja. Jangan sesekali menyapu krim ini ke seluruh wajah.
Cara penggunaannya adalah dengan menyapukan krim malam ini sebelum tidur pada setiap malam. Sapukan krim ini senipis yang boleh.
KRIM KUNYIT

RM 21.90 : Semenanjung Malaysia
RM 24.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +-7gm
Krim ini digunakan sebagai rawatan untuk kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, berminyak, kusam dan tidak sekata. Ia juga bertindak untuk menyegarkan, mencerahkan, menganjalkan dan menghaluskan kulit supaya tampak semulajadi.
Untuk kulit yang bermasalah seperti resdung, akan berlaku kegatalan. Jika wajah terdapat jerawat yang serius, teruskan pemakaian krim kunyit dan hentikan pemakaian krim malam untuk seketika.
Cara penggunaannya adalah digunakan untuk tempoh 1 hingga 2 jam sahaja pada waktu malam sebelum tidur. Selepas 1 hingga 2 jam, (untuk kulit berminyak atau berjerawat) cuci muka dengan menggunakan sabun kulit kayu manis. Untuk kulit kering, cuci biasa sahaja tanpa menggunakan sabun.
KRIM NATURAL

RM 21.90 : Semenanjung Malaysia
RM 24.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +-5 gm
Krim ini digunakan khusus untuk yang memiliki wajah yang natural iaitu tiada masalah jerawat atau sebarang cela.
Krim ini bertindak untuk mengekalkan dan menyerlahkan kulit muka. Ia juga bertindak untuk mencerahkan dan menggebukan kulit muka.
Cara penggunaannya ialah dengan memakai krim natural di selang selikan dengan krim malam pada hari-hari yang berlainan.
PENYEGAR

RM 19.90 : Semenanjung Malaysia
RM 22.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +-80 ml
Penyegar ini dirumus khas daripada ekstrak carrot dan ekstrak lemon juga mengandungi allantion daripada tumbuh-tumbuhan.
Penyegar ini dapat menyejukkan, melembutkan, dan mengekalkan tahap kulit yang sekata. Penyegar ini juga dapat mengembalikan pH 5.5 pada kulit muka. Penyegar ini juga dapat mengecilkan pori-pori dan menganjalkan kulit.
Ia adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaannya ialah dengan menekapkan penyegar secara lembut pada wajah hanya menggunakan jari (tidak perlu menggunakan kapas).
PELEMBAP

RM 29.90 : Semenanjung Malaysia
RM 33.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +-30 ml
Pelembap ini digunakan untuk melindungi kulit wajah dari sinaran UV matahari. Ia juga untuk mengelakkan kulit menjadi kering. Selain daripada itu, pelembap ini digunakan untuk menghidupkan sel-sel serta melembap, melembut dan mencerahkan muka. Pelembap ini sesuai digunakan untuk wanita dan juga lelaki.
Cara penggunaannya ialah pelembap dipakai selepas pemakaian penyegar dan sebelum menggunakan krim siang. Jika kulit kering atau berjeragat, amatlah digalakkan untuk menggunakan pelembap.
SKRUB

RM 29.90 : Semenanjung Malaysia
RM 33.90 : Sabah dan Sarawak
Berat Bersih : +- 50ml
Skrub ini berasaskan herba yang diperbuat daripada walnut dan collagen. Ia adalah 100% natural.
Skrub ini baik untuk rawatan kulit muka yang berjerawat dan kusam. Ia juga boleh menjadikan kulit putih gebu dan cerah tanpa jerawat.
Cara penggunaanya ialah dengan memakainya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bilas muka dengan air bersih, kemudian sapukan sedikit skrub ke seluruh muka dan digosok perlahan-lahan selama 2 hingga 3 minit. Akhir sekali, bilas muka dengan air bersih.
Untuk tempahan atau pertanyaan:
*email ke fzcosmeticon9@gmail.com
*comment kt page ni
*pergi ke page FB Pengedar FZ's Cosmetic n hantar private message
If u got time, feel free to view this page
• Faqs FZ's Cosmetic
• Testimoni Pengguna FZ's Cosmetic
• FZ's Cosmetic Products

Find us on Facebook

Like us
No comments:
Post a Comment